This is a guest post by Mufti Ali Gator.


Janganlah terlalu gah dan bangga dengan ilmu ‘psychology’.  Ilmu yang berasal dari Sigmund Freud, serta atheist Nietzsche, bertujuan untuk mengaburi akal umat Muhammad s.a.w yang telah dibentengi dengan ilmu tinggi Tauhid. Ilmu tauhid mencakupi alam zahir dan alam ghaib.

Malah perkataan psychology itu adalah gabungan perkataan ‘psy’ ‘chol’ dan ‘loji’

Iaitu ‘psy’ adalah ringkasan nama musuh Allah iaitu shaitan. Perkataan ‘shai’ ditukar ke ‘psy’. Dalam bahasa Sanskrit, ini bermakna ‘Bahagialah Yahudi’.

psy subliminal messaging

Lagu lagu Psy Menyembunyikan Maksud Tersirat Dalam Muzik Video Dan Liriknya

Dan baru-baru ini, ‘Psy’ telah menjelma sebagai manusia berbangsa Korea yang melakukan tarian kufur ‘Oppa Gangnam Style’ yang menjadi kegilaan ramai serta mendapat share dan like melebihi 1 billion.

‘Chol’ ialah ringkasan ‘cholesterol’. Umat islam kini sedar akan konspirasi Yahudi serta Freemason dan puak Dajal, dimana, makanan kita ditambah dengan kolesterol yang akan membina plaque dalam salur darah menyebabkan kesempitan darah. Ini akan menghasilkan penyakit jantung. Penyakit jantung, seperti kita ketahui, telah menjadi punca kita kehilangan manusia mulia al’alim muthawatif Ustaz Haron Den. Penyakit jantung ini ialah bawaan syaitan seperti disebut diatas atau ‘psython’

‘Logi’ ialah konspirasi terbesar pengikut-pengikut syaitan. Ia bermaksud ‘tempat kumbahan najis’. Dan pautan maksud ini digunakan dalam perkataan-perkataan modern yang dihasilkan untuk mengelirukan umat Sunni. Ia disuntik dalam perkataan moden seperti ‘teknologi’, metereologi, biology, fisiologi, etymology, geology, histology, dan sebagainya.

Malah perkataan analogi bermaksud ‘lubang dubur kumbahan najis’.

Umat Islam harus sedar dan bangkit dari fitnah akhir zaman ini. Semoga Allah memelihara kita dari kesesatan dan sentiasa dilindungi dari ilmu ‘psykologi’ ini.

Facebook Comments